Monday 18 July 2011

headfone

kerja sains team kita orang kene buat handphone guna tempurung kelapa jadi tu jelah

Monday 27 June 2011

my novel

“AH, jelik rasanya ingin ku teruskan pembacaan ini!” bentak Zazuan. Dua orang rakan setianya sekadar tersenyum. Mereka bagaikan amat biasa dengan kondisi ini. Antologi Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan 5 bermauduk ‘Dirgahayu Bahasaku’ yang dibacanya sebentar tadi, diketepikan. Raut wajahnya tidak menampakkan sedikit pun minat untuk mendalami teks KOMSAS tersebut. Koyakkan sahaja, bisik nafsu ammarah bissuknya. Namun dia masih waras memikirkan bahawa antologi itu hak milik sekolahnya.
“Perlukah puisi-puisi picisan sebegitu ditelaah? Prosa-prosa kuno mengarut sebegitu hanya memenatkan minda sahaja. Lebih molek aku santap karya J. K. Rowling berbanding mengenal hikayat-hikayat mengarut. Lebih molek aku jamah karya penulisan Stephen Covey daripada menatap puisi-puisi yang membingungkan. Aku tidak mengerti mengapa bangsa Melayu ini terlalu obses kepada sesuatu yang kompleks,” luah Zazuan panjang lebar.
Rakan-rakannya sekadar membisu. Mereka sudah terlalu memahami mentaliti Zazuan yang menolak fahaman bangsa sendiri dan lebih cenderung merafak budaya bangsa Barat. Bagi Zazuan, cukuplah dia sebagai seorang Islam. Apa perlunya Melayu dalam kehidupan?
“Aku tidak nampak di mana kepentingan adat. Puisi-puisi pula bagiku hanyalah sekadar himpunan kata-kata karut yang memeningkan. Lantas, apa yang mereka agungkan sangat dengan budaya Melayu ini?” Zazuan meneruskan bebelannya.
“Zazuan, sepuluh tahun di negeri orang bukan alasan munasabah untuk kau mempersoalkan apa itu Melayu dan mencela budayanya. Entah apa doktrin yang dipasak dalam mindamu hingga kau lupa daratan sebegini kritikal. Memalukan!” Tegas satu suara dari satu arah, lantang.
Zazuan tersentak. Dia mencari-cari sang pemilik suara lantang itu. Panas hatinya apabila tikaman tajam sindiran itu menerjah gegendang telinganya. Matanya tertangkap sesusuk tubuh bersandar tenang di tepi jendela kelas 5 Cita. Dia melirik tajam, menyampaikan amaran barangkali.
“Meskipun kau terdidik di benua yang lain, merah darahmu masih darah Melayu, bukan? Rasanya ibu bapamu Melayu tulen dan pada kad pengenalanmu sendiri tertinta kemas aksara M, E, L, A, Y dan U. Aku fikir jiwamu masih terpasung berhala hedonisme yang menjadi asbab primer kebencianmu pada Melayu, bangsa asalmu,” Shahrul menambah kata.
Laksana kerang busuk, Zazuan hanya mampu tersengih. Bola matanya menzahirkan satu pandangan sinis seakan-akan mengejek. Tanpa sepatah pun kata, dia melangkah meninggalkan rakan-rakannya bersama Shahrul, terpinga-pinga.


sambungan?? nantikan antologi pertama aku...

Monday 20 June 2011

ayam dm

Ayam dm sedap tapi kadang2 dia x memuaskan dah la isi dia kecik. lagi baik aku makan udang. kenapa isi dia kecik?.......................................sebab x besar

homework ict

ku telah menyiapkan blog ini pada hari ini